Rekaan ASUS Zenfone 10 telah tetiris ke arena web menerusi ciapan @evleaks hujung minggu lalu.Sekilas pandang Zenfone 10 masih lagi mengekalkan rekaan yang sama seperti Zenfone 9. Ia mempunyai skrin kecil sekitar 5.9″ dengan sistem dwi-kamera di bahagian belakang.

Peranti ditawarkan dalam lima warna iaitu hitam, putih, biru, merah dan hijau. Butang kuasa dan laras audio terletak di sisi kanan. Di hadapan terdapat satu lubang kamera pada skrin peranti. Tidak banyak maklumat diketahui mengenai Zenfone 10 setakat ini. Jika seperti tahun lalu, Zenfone 10 mungkin sebuah peranti mercu dengan cip Snapdragon 8 Gen 2.


Masih tidak diketahui juga sama ada ASUS akan menawarkan Zenfone 10 ke pasaran global. Pada model tahun lalu ia dipasarkan ke beberapa negara sahaja dengan ia tidak pernah dijual secara rasmi di Malaysia. ASUS Zenfone 10 akan dilancarkan secara rasmi pada 29 Jun hadapan.
- Sumber
- @eveleaks

