Fitbit kembali dihidupkan semula tahun ini dengan Fitbit Air yang tidak dilengkapi sebarang skrin. Kesemua data yang dikumpul penjejak kesihatan ini perlu dibaca menerusi telefon pintar. Ini menyukarkan proses melihat masa larian atau kadar nadi dengan pantas. Minggu ini rekaan Fitbit Edge telah tertiris sepenuhnya menerusi laman Android Headlines.

Ia mempunyai skrin bujur yang kecil serta tali yang diperbuat daripada bahan silikon. Pada muka jam maklumat seperti masa, tarikh, kadar nadi, jarak perjalanan dan aktiviti yang sedang dijejak dipaparkan dengan jelas. Berdasarkan rekaan, ia ditawarkan di antara Fitbit Air dan Pixel Watch 5.

Berdasarkan imej promosi, Fitbit Edge boleh digunakan pada peranti Android dan iOS. Pada waktu yang sama dengan wujudnya skrin, aplikasi Map serta pemain muzik boleh dikawal terus pada skrin serta sokongan Find Hub secara terbina. Harga serta tarikh jualan Fitbit Edge belum lagi diketahui.





