Rekaan Ilustrator Malaysia, ‘Venom Batik Malaysia’ Undang Komen Sindiran

LocalEntertainment
16 Oct 2024 • 4:29 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Rekaan seorang ilustrator Malaysia, Arif Rafhan Othman, merangkap artis komik telah menghasilkan satu karya seni batik yang cukup sempurna dengan mengarap watak hero Marvels terkenal, iaitu Venom.

Banyak yang mengagumi perincian reka bentuk pada gigi dan lidah Venom yang menunjukkan kerumitan dan kemahiran artis.

image is not available

Foto: Facebook Sony Pictures Malaysia

Gabungan keanggunan batik (Malaysia) dengan keganasan Venom telah mencipta satu bentuk seni luar biasa lain daripada yang lain.

Difahamkan, artis tempatan tersebut telah berkolaborasi dengan Sony Pictures mengenai penghasilan lukisan ‘Venom X Arif Rafhan’ sempena tayangan filem Venom The Last Dance pada 24 Oktober ini.

image is not available

Foto: X Arif Rafhan

Oleh itu, menerusi satu hantaran Facebook, Sony Pictures telah memuji hebat hasil lukisan tersebut dengan menyatakan lukisan ‘Venom Batik Malaysia’ dibuat dengan sempurna.

image is not available

Foto: X Sony Pictures M’sia

“Venom mengambil sentuhan tradisional dengan reka bentuk inspirasi Batik yang menakjubkan ini.

“Gabungan sebenar budaya Malaysia dan dunia Venom, direka dengan sempurna,” kata Sony Pictures.

Selain dua rekaan gambar ‘Venom Batik’, Sony Pictures turut memuat naik satu gambar yang memaparkan visual Venom bersama Eddie Brock yang dilakonkan oleh Tom Hardy.

image is not available

Foto: X Sony Pictures M’sia

Susulan daripada hasil lukisan tersebut tular, netizen Malaysia berharap agar tiada sebarang penuntutan hak cipta ‘batik’ berlaku, khususnya dari negara seberang.

Menerusi hantaran Facebook Golden Screen Cinemas (GSC), terdapat netizen Malaysia dan Indonesia bercanggah mengenai tuntutan asal usul khazanah, tradisi, budaya dan makanan, impak daripada lukisan tersebut.

Nanti ada isu ‘claim’

image is not available

Foto: Facebook GSC Malaysia

Ada yang koyak tapi bukan batik

image is not available

Foto: Facebook GSC Malaysia

Bukan itu sahaja, Golden Screen Cinemas (GSC) sempat bergurau menyatakan bahawa watak Venom berasal dari Sarawak, Malaysia.

Seorang pengulas lain seolah-olah menyokong dakwaan itu kerana sebuah kanister (babak) yang membawa salah satu Symbiote terhempas ke dalam Hutan Simpan Borneo yang fiksyen di Sibu dalam filem pertama.

Venom from Sarawak, Malaysia! Selesai ‘claim’

image is not available

Foto: Facebook GSC Malaysia

Memang kalau ikut jalan cerita, Venom tu terhempas di Sarawak

image is not available

Foto: Facebook GSC Malaysia

Seperti biasa, rakyat Malaysia dan Indonesia akan bertelagah tentang hak mereka terhadap batik. Kali ini, rakyat Malaysia banyak menghantar komen secara sarkastik di Facebook Sony Pictures Malaysia untuk bergurau dengan netizen dari Indonesia.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada artis tempatan kita, Arif Rafhan kerana mampu mengangkat keistimewaan khazanah seni batik negara ke peringkat antarabangsa.

Sumber: Facebook Sony Pictures Malaysia