“This is batik Malaysia” – Rekaan Batik Dengan Lakaran Watak ‘Venom’ Curi Perhatian Ramai

Entertainment
16 Oct 2024 • 5:31 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Produksi filem popular Hollywood, Sony Pictures telah berkongsi satu hantaran mengenai lakaran batik yang dinamakan ‘Venom Batik Malaysia’ bersempena tayangan filem Venom The Last Dance yang akan menemui peminat pada 24 Oktober ini.

Dalam perkongsiannya di laman Facebook, rekaan batik tersebut dihasilkan oleh pelukis berbakat tempatan bernama Arif Rafhan Othman.

Pihaknya meluahkan rasa terpukau apabila melihat lukisan watak utama ‘Venom The Last Dance’ dengan sentuhan batik yang luar biasa.

“Venom mengambil sentuhan tradisional dengan reka bentuk inspirasi batik yang menakjubkan ini.

“Gabungan sebenar budaya Malaysia dan dunia Venom, direka dengan sempurna,” tulis Sony Pictures.

image is not available

Dalam pada itu, Sony Pictures juga memuat naik video memaparkan visual Venom bersama Tom Hardy yang melakonkan watak Eddie Brock.

“Karya seni kelas tinggi”

Perkongsian karya batik itu turut meraih perhatian ramai terutama netizen Malaysia yang juga memuji seni lakaran itu.

Bukan sahaja kelihatan sangat menarik dan unik, lukisan batik itu juga dianggap sebagai sebuah seni kelas tinggi.

Malah, sempat netizen berseloroh mungkin ada pihak yang kurang senang dengan pujian yang diberikan oleh syarikat produksi itu.

image is not available image is not available image is not availableimage is not available

Tahniat buat Arif Rafhan kerana mengangkat batik Malaysia ke persada dunia! Korang boleh tengok dan sokong pelbagai seni batik yang dihasilkan oleh Arif Rafhan di sini.

Sumber: Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.