Netizen terpegun lihat hasil seni ‘Venom Batik Malaysia’ ciptaan pelukis tempatan

LocalEntertainment
16 Oct 2024 • 4:47 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Venom Batik Malaysia

Baru-baru ini, tular di media sosial lukisan ‘Venom Batik Malaysia’ yang dihasilkan oleh pelukis berbakat tempatan, Arif Rafhan Othman bersempena tayangan filem itu yang akan menemui peminat pada 24 Oktober ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Sony Pictures di laman Facebooknya, pihaknya terpukau apabila melihat lukisan watak utama dalam filem ‘Venom The Last Dance’ dengan sentuhan batik yang luar biasa.

“Venom mengambil sentuhan tradisional dengan reka bentuk inspirasi batik yang menakjubkan ini.

Gabungan sebenar budaya Malaysia dan dunia Venom, direka dengan sempurna,” tulis Sony Pictures.

Venom Batik Malaysia

image is not available

Venom Batik Malaysia

image is not available

Netizen kagum hasil seni batik Venom

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen luah rasa kagum dengan hasil seni anak muda kelahiran tempatan sehingga berjaya tarik perhatian syarikat hiburan bertaraf dunia.

image is not available image is not available

Netizen ramal ada pihak yang tak berpuas hati?

image is not available image is not available

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila berlakunya perdebatan ‘panas’ mengenai asal usul batik di antara netizen Malaysia dan Indonesia.

Perbalahan itu tercetus susulan selebriti Internet sensasi dan penstrim dalam talian dari Amerika Syarikat, IShowSpeed atau nama sebenarnya, Darren Jason Watkins Jr, menerima beberapa helai baju batik daripada peminat Malaysia ketika siri jelajah sulungnya ke Asia Tenggara.

Hal itu sekali gus memanaskan media sosial terutamanya di platform X, dengan netizen Indonesia mendakwa bahawa rakyat Malaysia cuba untuk ‘claim’ asal batik dari Malaysia.

Sumber: Facebook @Sony Pictures