Xbox Series X baharu akan diumum sebelum Jun 2024? Storan 2TB bakal ditawarkan

Gaming
19 Sep 2023 • 3:05 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Beberapa maklumat terbocor daripada FTC menunjukkan yang Microsoft merancang untuk mengumumkan produk baharu seawal Jun 2024 kelak. Produk pertama adalah Xbox Series X dan Series S yang dikemas kini dan satu lagi adalah pad kawalan Xbox yang dikemas kini.

image is not available

Berikut adalah rumusan kepada jadual di atas:

  • Sebelum Jun 2024 – pengumuman pad kawalan Xbox Wireless 2
  • Sebelum Julai 2024 – pengumuman Xbox Series X dan Xbox Series S
  • Sebelum September 2024 – Penjualan Xbox Series S 1TB
  • Sebelum November 2024 – penjualan Xbox Series X 2TB

image is not available

Daripada dokumen yang terbocor, kelihatan Xbox Series X menerima badan silinder seperti sebuah router "tong sampah" Unifi. Ia jauh bezanya dengan Xbox Series X sedia ada yang hadir dalam badan berbentuk kuboid. Antara yang ditambah baik adalah seperti:

  • Wi-Fi 6E yang lebih pantas
  • Bluetooth 5.2 untuk sambungan yang lebih versatil
  • Cip pemproses 6nm yang lebih cekap tenaga
  • Kuasa PSU diturunkan sebanyak 15% untuk kelestarian
  • USB-C dengan teknologi PD di bahagian depan
  • Harga kekal pada USD499

image is not available

Rekaan Series S tidak pula dipamerkan menandakan yang tiada perubahan fizikal bakal berlaku sebaliknya pengenalan variasi storan yang lebih besar dan kemas kini seperti Bluetooth 5.2 dan Wi-Fi 6E.

Beralih kepada pad kawalan baharu, perkara baharu yang menarik bakal pengguna temui adalah:

  • teknologi ubiquity Xbox Wireless 2, Direct-to-Cloud, dan Bluetooth 5.2
  • aplikasi mudah alih baharu
  • suap balik haptik seperti PlayStation DualSense

Xbox Series X/S mula dijual dalam tahun 2020 yang lalu. Sehingga kini, dilaporkan yang ia terjual lebih daripada 21 juta unit. Sebagai perbandingan, PlayStation 5 kini telahpun melangkaui paras 40 juta unit.

Sumber: Wario64