Rekod Hebat, TWICE Berjaya Jual Lebih 20 Juta Album Sejak Debut

Music
26 May 2024 • 10:25 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Pejam celik pejam celik, siapa sangka sudah hampir 10 tahun sejak TWICE debut!

Terbaru, JYP Entertainment telah mengumumkan bahawa sejak debut mereka pada 2015, TWICE telah berjaya menjual lebih 20 juta album terkumpul di Korea dan Jepun.

Dengan jumlah 43 album termasuk solo dan kumpulan, TWICE telah mencapai rekod 20,013,182, dengan 14,565,638 album terjual di Korea dan 5,447,544 album terjual di Jepun.

image is not available

Sementara itu, Na-yeon akan melancarkan album solo keduanya ‘NA’ pada 14 Jun nanti dan TWICE juga akan menemui peminat dengan album penuh Jepun baru ‘DIVE’ pada 17 Julai.

Tahniah TWICE dan ONCE!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.