Rekod kehadiran terbaik selama enam bulan, majikan beri ganjaran bonus pada staf

LocalBusiness & Finance
7 Feb 2025 • 12:28 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Seorang majikan memberikan ganjaran berbentuk wang ringgit kepada pekerjanya telah menarik perhatian warganet di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pengguna @Srihandy Tunjong di laman TikToknya, majikan tersebut menghulurkan bonus kepada tiga orang pekerjanya yang mempunyai rekod kehadiran terbaik selama enam bulan.

Rekod kehadiran terbaik

@srihandy_tunjong

BONUS DISIPLIN ADO SUKU PULOK UNTUK SAPO ii HOK KEDATANGAN COMEY 6 BULE

♬ original sound - SRI HANDY AUTO ACC AND AIRCOND - SRI HANDY AUTO ACC AND AIRCOND

“Bonus disiplin untuk pekerja yang mempunyai rekod kehadiran baik untuk enam bulan,” ujarnya di ruangan kapsyen.

Dalam perkongsian itu, bonus kehadiran untuk tempat pertama RM2,100, tempat kedua RM1,900 dan tempat ketiga RM1,650. Pekerja lain pula masing-masing menerima RM100 kerana hadir awal kerja pada hari kejadian.

Rekod kehadiran terbaik

image is not available

image is not available

Netizen cemburu, idam majikan bermurah hati

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengidamkan majikan menghargai pekerjanya yang tidak pernah henti membantu mengembangkan perniagaan.

Malah, netizen berpandangan bonus bukan sahaja ganjaran kewangan tetapi mampu untuk meningkatkan semangat serta prestasi pekerja untuk berikan yang lebih baik kepada syarikat.

image is not available image is not available

Semoga dimewahkan rezeki

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar majikan gtersebut dimewahkan rezeki selalu dan bergarap segala urusannya dalam menjalankan perniagaan dipermudahkan.

image is not availableimage is not available

Sumber: TikTok @Srihandy Tunjong