Rekod perkhidmatan jadi ukuran, bukan warna kulit: Hannah Yeoh

LocalPolitics
22 Dec 2025 • 8:55 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Hannah Yeoh (duduk, tengah) pada hari pertamanya di Jabatan Perdana Menteri Wilayah Persekutuan di sini pada Isnin.

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menegaskan bahawa kaum atau warna kulit tidak pernah mendefinisikan atau mengehadkan pelaksanaan tugas beliau, sebaliknya rekod perkhidmatan, dasar dan hasil kerja menjadi ukuran sebenar dalam memikul amanah.

Beliau berkata, isu perkauman yang dibangkitkan susulan pelantikan beliau dan Timbalan Menteri, Datuk Loh Su Fui tidak seharusnya mengaburi fokus utama pentadbiran Wilayah Persekutuan.

“Kaum ataupun warna kulit tidak pernah mendefinisikan atau mengehadkan kerja kami,” katanya pada sidang akhbar hari pertamanya di Jabatan Perdana Menteri Wilayah Persekutuan di sini pada Isnin.

Hannah berkata, sepanjang penglibatan beliau dalam politik dan pentadbiran sejak 2008, tumpuan sentiasa diberikan kepada dasar, pelaksanaan serta hasil kerja tanpa menjadikan faktor kaum sebagai penentu.

“Sejak 2008, sama ada sebagai ADUN Subang Jaya, Speaker Dewan Negeri Selangor, Ahli Parlimen Segambut, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat atau Menteri Belia dan Sukan, tumpuan saya sentiasa kekal kepada dasar dan pelaksanaan serta hasil kerja, dan bukan terhadap warna kulit saya,” katanya.

AKAN MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved