Remaja 14 Tahun ‘Berkepala Botak’ Hadir Upacara Keagamaan Di Cameron Highlands Dilaporkan Hilang

Entertainment
13 Jan 2025 • 10:25 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang remaja berusia 14 tahun, Tan Joon Tien, dilaporkan hilang daripada sebuah asrama yang dihuninya di Cameron Highlands pada 28 Disember 2024 lalu, kira-kira jam 4 pagi.

Menurut ibunya yang dikenali sebagai Sarina, remaja yang juga anak bongsu daripada empat orang adik beradik dipercayai bersama lima orang lagi serta seorang ‘guru agamanya’ menginap di sebuah asrama di situ sejak Oktober lalu.

image is not available

Anak saya bersama lima orang dan guru agamanya pergi ke tanah tinggi Cameron Highlands untuk menghadiri upacara keagamaan Buddha.

“Anak saya tidak tinggal bersama saya kerana dia duduk bersama ‘guru agamanya’ dan tidak mengetahui bila tarikh sebenar anak saya berangkat ke sana (Cameron Highlands),” katanya ketika dihubungi di Jinjang Utara.

Menurut Sarina lagi, anaknya dalam keadaan sihat fizikal dan mental dan tidak mempunyai sebarang masalah serta kali terakhir dalam keadaan botak.

Sarina berharap sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai anaknya boleh menghubungi balai polis berdekatan dengan segera atau menghubunginya di 016-331 8391.

Dalam pada itu, Superintendan Azri Ramli mengesahkan bahawa pihaknya menerima laporan kehilangan remaja terbabit di Balai Polis Brinchang pada 29 Disember lalu.

Alamat terakhir remaja itu berada di No 9, Persiaran Orientaly Lily 4, Taman Oriental, Tringkap, Cameron Highlands.

Kita doakan semoga remaja ini cepat dijumpai. Kasihan ibunya pasti risau akan kehilangan anak.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.