Remaja 14 tahun disambar buaya ketika punggah buah sawit

27 Oct 2026 • 5:41 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Remaja 14 tahun disambar buaya ketika punggah buah sawit

 

KUCHING – Remaja lelaki berusia 14 tahun dipercayai disambar buaya ketika menjalankan kerja memunggah buah sawit ke dalam perahu di Sungai Plaie, Ulu Sebuyau, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang, mangsa, Mohd Nordin Mohd Othman, dari Kampung Plaie Ulu Sebuyau, dikatakan disambar reptilia berkenaan ketika berada di sungai terbabit.

Kejadian itu disaksikan bapa saudara mangsa, Midin Radin, sebelum maklumat berhubung insiden berkenaan disampaikan kepada Ketua Kampung Sungai Plaie.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, berdasarkan maklumat diterima, mangsa masih belum ditemukan sehingga operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan pagi ini.

Bilik Kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan menerima panggilan daripada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Simunjan berhubung kejadian itu pada jam 7 malam sebelum pasukan bomba mendapatkan maklumat lanjut daripada saksi dan pihak polis di Balai Polis Sebuyau.

“Operasi SAR kemudian dipersetujui dimulakan pada jam 7 pagi hari ini, membabitkan pasukan bomba bersama agensi keselamatan dan penduduk kampung.

“Pasukan operasi melaporkan tiba di lokasi kejadian pada 10.10 pagi sebelum operasi pencarian dimulakan kira-kira 10.30 pagi menggunakan empat bot,” katanya.

Beliau berkata, operasi turut membabitkan lima anggota bomba dengan sebuah Toyota Hilux dan sebuah bot MKN, selain lapan anggota polis, tiga anggota Sarawak Forestry Corporation (SFC), empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta 20 penduduk kampung.

The post Remaja 14 tahun disambar buaya ketika punggah buah sawit appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved