Remaja 15 tahun ditemui maut dalam longkang

14 Dec 2023 • 11:09 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ditemui maut selepas dipercayai terhumban ke dalam longkang di Jalan Kampung Pemindahan, Marudi pada pagi Khamis. - Foto JBPM

KUCHING - Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ditemui maut selepas dipercayai terhumban ke dalam longkang di Jalan Kampung Pemindahan, Marudi pada pagi Khamis.

Mangsa, yang identitinya disahkan sebagai Calroney Charlse, 15, ditemui terbaring di dalam longkang berkenaan oleh orang awam, yang kemudiannya memaklumkan kepada Balai Bomba Marudi sekitar jam 7.20 pagi.

Menurut Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Henderi Ardimansyah, sepasukan anggota daripada balai berkenaan telah dikejarkan ke lokasi dan bertindak mengeluarkan remaja tersebut dari longkang berkenaan.

“Mangsa yang berketurunan Iban itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik dari Hopital Marudi,” katanya.

Mayat mangsa, kata Henderi, diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. - Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved