Remaja 15 Tahun Terjerat Hutang Ah Long RM13K Sebab Nak Penuhi Mengidam GF Makan Siakap 3 Rasa

Entertainment
18 Nov 2024 • 3:35 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang remaja berusia 15 tahun kini terjerat dengan pinjaman Ah Long apabila dia berhutang sebanyak RM13,000.

Memetik laporan NST, remaja lelaki itu sanggup membuat pinjaman tidak berlesen semata-mata hendak memenuhi kehendak teman wanita yang ingin memakan hidangan ikan siakap tiga rasa asalkan rahsia dia tiada duit tidak diketahui kekasihnya.

Perkara itu didedahkan oleh Pusat Pengajian Fardu Ain dan Al-Quran, Darul Muttaqim (DM) yang mana siasatan mendapati remaja dari Selangor itu telah berhutang dengan 12 orang Ah Long.

Menurut Pengurus Pusat Pengajian Fardu Ain dan Al-Quran DM, Fariz Izhar Adrus, remaja terbabit telah meminta bantuan dari pihak mereka dan perkara berkenaan dimaklumkan kepada ibu bapanya.

image is not available

“Remaja itu terjumpa iklan di TikTok untuk pinjaman Ah Long selepas teman wanitanya mengidam ikan siakap.

“Mungkin dia terlalu malu (meminjam wang daripada ibu bapanya), dan akhirnya, dia meminjam daripada Ah Long.

“Ibu bapa remaja itu adalah penjawat awam. Bagaimanapun, dia kini tinggal bersama bapa saudaranya, kerana tidak mahu bersekolah lagi,” katanya.

Tambahnya, remaja terbabit antara lebih 3,700 kes membabitkan individu berusia 15 hingga 60 tahun yang menghadapi masalah dengan pinjaman tidak berlesen, yang diselesaikan dalam tempoh tiga tahun lepas.

Sumber: NST

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.