Remaja 16 tahun maut dirempuh pemandu pacuan empat roda positif dadah

29 May 2026 • 7:18 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Remaja 16 tahun maut dirempuh pemandu pacuan empat roda positif dadah
Keadaan kereta dipandu Muhammad Azmil Hakimi yang terlibat kemalangan dengan pemandu positif dadah dalam kejadian di Jalan Bukit Payong, Besut pada Khamis.
Image from: Remaja 16 tahun maut dirempuh pemandu pacuan empat roda positif dadah
Kenderaan pacuan empat roda dipandu lelaki terlibat kemalangan disyaki dibawah pengaruh dadah.
Image from: Remaja 16 tahun maut dirempuh pemandu pacuan empat roda positif dadah
Keadaan lokasi kemalangan menyebabkan seorang remaja lelaki maut apabila kenderaan dipandunya bertembung dengan sebuah pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki disyaki dibawah pengaruh dadah.

BESUT - Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah pacuan empat roda dalam kejadian di Jalan Bukit Payong di sini pada Khamis.

​Nahas berlaku kira-kira jam 12 tengah hari itu menyebabkan mangsa, Muhammad Azmil Hakimi Abdullah, yang beralamat di Kampung Bukit Payong, Jerteh meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Md Sani Md Saleh berkata, siasatan awal mendapati pemandu pacuan empat roda itu memandu di bawah pengaruh bahan terlarang selepas ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki terbabit positif dadah jenis ketamin.

​Menurutnya, pihak polis menerima maklumat mengenai kemalangan melibatkan dua buah kenderaan itu daripada orang awam sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi.

​"Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu mangsa sedang bergerak di lorongnya, sebelum menyedari sebuah kenderaan 4x4 dari arah bertentangan dipandu dalam keadaan terhuyung-hayang.

**media[3534550]**

​"Apabila tiba di lokasi tersebut, kenderaan 4x4 itu secara tiba-tiba telah masuk ke laluan kereta mangsa.

"Mangsa cuba mengelak daripada bertembung dengan memasuki laluan bertentangan, namun pada masa yang sama kenderaan 4x4 itu masuk semula ke laluan asalnya lalu menyebabkan kedua-duanya bertembung," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

​Menurut Md Sani, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Besut untuk urusan bedah siasat manakala suspek telah dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Besut untuk tindakan lanjut.

​"Pemandu pacuan empat roda itu kini ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Untuk kes kemalangan tersebut ia disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," ujarnya.

**media[3534546]**

​Dalam pada itu, katanya, polis meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian tersebut supaya tampil berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Noraini Muhmmad Zin di talian 013-4384239.

"Pengguna jalan raya dinasihati supaya sentiasa berhati-hati semasa memandu serta mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan demi pihak berkuasa," tambah beliau lagi.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved