
SUNGAI BULOH – Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dipercayai terjatuh dari balkoni kediamannya di Kundang, Rawang, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd. Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 9.30 malam.
Menurutnya, kejadian melibatkan seorang remaja lelaki tempatan yang dipercayai terjatuh dari balkoni kediamannya.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Mohd. Hafiz menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian berkenaan bagi menghormati privasi keluarga mangsa.
Orang ramai turut diminta tidak menyebarkan sebarang imej atau maklumat yang tidak disahkan berkaitan kejadian tersebut menerusi mana-mana platform media sosial. – KOSMO! ONLINE
The post Remaja 17 tahun terjatuh dari balkoni di Kundang appeared first on Kosmo Online.


![[VIDEO] Rantai leher emas diragut ketika beli barang](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-25-at-7.36.06-PM-e1792930995723-1024x883.jpeg)



