Remaja mengaku tunjuk kemaluan kepada isteri orang

26 Oct 2026 • 1:28 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Remaja mengaku tunjuk kemaluan kepada isteri orang

MACHANG: Seorang remaja lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan perbuatan kelucahan melampau dengan menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita yang merupakan isteri orang, minggu lalu.

Tertuduh yang berusia 17 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.

Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa melakukan satu perbuatan kelucahan melampau iaitu dengan cara melondehkan seluar sehingga menampakkan kemaluan kepada seorang wanita berusia 38 tahun.

Perbuatan itu dilakukan di atas jambatan Kampung Sungai Sok, Kuala Krai, dekat sini kira kira pukul 1 petang pada 20 Oktober 2026. Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Hazim Aqifullah Mohd. Amran manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd. Azrizal Hamzi. Terdahulu, Ahmad Hazim Aqifullah mencadangkan ikat jamin RM3,000 bagi pertuduhan yang dihadapi remaja itu.

Mohd. Azrizal dalam rayuannya memohon jaminan yang tidak membebankan memandangkan tertuduh yang bekerja kampung perlu menyara seorang isteri berusia 14 tahun dengan pendapatan kira-kira RM20 hingga RM50 sehari.

Mahkamah kemudian membenarkan ikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin iaitu waris penama kanak-kanak selain menetapkan 18 November ini bagi pembentangan laporan akhlak daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, fakta dan perintah. Tertuduh membayar jaminan yang ditetapkan mahkamah. – UTUSAN

The post Remaja mengaku tunjuk kemaluan kepada isteri orang appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved