Remaja 18 Tahun Dakwa Dipaksa Hisap Vape Sebelum Dirogol 

30 Sep 2026 • 1:13 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Remaja 18 Tahun Dakwa Dipaksa Hisap Vape Sebelum Dirogol 

KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun mendakwa dipaksa menghisap rokok elektronik (vape) sehingga tidak sedarkan diri sebelum dipercayai menjadi mangsa rogol di sebuah kediaman di Petaling, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira jam 5 pagi itu.

“Menurut mangsa, suspek memaksanya menghisap vape sehingga dia tidak sedarkan diri.

“Dia hanya tersedar kira-kira jam 7 pagi dan mendapati dirinya dalam keadaan tidak berpakaian,” katanya kepada Harian Metro.

Hoo berkata, mangsa turut mengalami kesakitan pada bahagian kemaluan dan mengesyaki dirinya telah dirogol oleh suspek.

Menurutnya, polis kini sedang mengesan suspek bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. - Getaran, 30 September 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved