Maut buli: Mangsa disepak enam kali sebelum tapak kaki disebat

30 Sep 2026 • 6:25 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Maut buli: Mangsa disepak enam kali sebelum tapak kaki disebat

SEREMBAN – Siasatan berhubung kemati­an pelajar tingkatan dua minggu lalu membongkarkan perbuatan ke­jam suspek apabila mangsa di­sepak enam kali sebelum dibe­lasah dan disebat pada tapak kaki menggunakan paip getah.

Kejadian itu berlaku pada malam sama mangsa berusia 14 tahun ditemui tidak sedarkan diri di asrama sebuah sekolah di Kuala Pilah.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, insiden itu berlaku ketika pertemuan pertama di bilik mangsa di tingkat satu.

“Salah seorang suspek menyepak mangsa sebanyak enam kali ketika memanggil remaja tersebut untuk berjumpa dengan seorang lagi senior di tingkat dua,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Siasatan awal mendapati, kejadian buli itu berlaku selepas semua pelajar pulang ke bilik masing-masing untuk mengulang kaji pelajaran selepas menunaikan solat maghrib.

“Namun pada masa tersebut, aktiviti ulang kaji tidak berlaku sebaliknya suspek memanggil mangsa ke biliknya yang terletak di tingkat dua Blok A sebelum memukul remaja itu,” katanya.- KOSMO! ONLINE

The post Maut buli: Mangsa disepak enam kali sebelum tapak kaki disebat appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved