Remaja bawah umur antara ditahan kes curi tabung surau

19 May 2026 • 11:34 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Remaja bawah umur antara ditahan kes curi tabung surau

SHAH ALAM, 19 MEI: Seorang remaja bawah umur antara lima lelaki diberkas polis selepas dipercayai terbabit dalam beberapa siri kecurian tabung masjid dan surau di Selangor serta Perak sejak awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Md Yusof Ahmad berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 5 Mei lalu sebelum menjalankan risikan dan operasi susulan, lapor Buletin TV3.

“Hasil operasi berterusan membawa kepada penahanan lima lelaki warga tempatan berusia antara 17 hingga 27 tahun di beberapa lokasi sekitar Tronoh, Perak pada 9 Mei lalu.

“Semakan mendapati kesemua suspek adalah rakan,” katanya.

Menurut beliau, siasatan mendapati seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan bertindak sebagai dalang utama kumpulan berkenaan.

“Suspek ini bertindak sebagai perancang manakala empat lagi hanya mengikut. Modus operandi mereka ialah memecah masuk dan mengumpil tabung masjid serta surau,” katanya.

Beliau berkata kesemua suspek akan dituduh di Mahkamah Majistret Sungai Besar pada jam 9 pagi esok mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved