Remaja ditahan bantu siasatan kes rogol pelajar perempuan di pasar

14 Oct 2026 • 8:40 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Remaja ditahan bantu siasatan kes rogol pelajar perempuan di pasar

KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar lelaki ditahan polis selepas disyaki merogol seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun di sebuah pasar di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, kejadian itu terbongkar selepas polis menerima laporan daripada seorang wanita Melayu kira-kira pukul 1 pagi pada 14 Oktober lalu.

Katanya, pengadu memaklumkan menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki Melayu yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di pasar berkenaan.

“Lelaki itu memaklumkan melihat seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dalam keadaan separuh bogel bersama seorang lelaki di dalam kawasan pasar berkenaan.

“Pelajar perempuan itu kemudian memberitahu pengadu bahawa dia telah dirogol lelaki terbabit sebelum mengaku sebagai teman wanita kepada lelaki berkenaan,” katanya  hari ini.

Azli berkata, permohonan reman terhadap suspek berusia 16 tahun dibuat di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, beliau berkata, dari 1 hingga 14 Oktober lalu, polis membuka enam kertas siasatan berkaitan kes seksual di daerah ini. –UTUSAN

The post Remaja ditahan bantu siasatan kes rogol pelajar perempuan di pasar appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved