Pelajar disyaki sentuh ‘junior’ sekolah diberkas

15 Oct 2026 • 12:32 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pelajar disyaki sentuh ‘junior’ sekolah diberkas

KUALA TERENGGANU – Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun diberkas bagi membantu siasatan dakwaan memperkosa rakan sekolahnya di sebuah pasar di bandar raya ini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, penangkapan itu berikutan aduan dibuat ibu mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, di sini, pada pukul 1.30 pagi.

“Terdahulu, wanita tersebut mendakwa menerima panggilan telefon daripada seorang pengawal keselamatan sebuah pasar yang telah menjumpai anak perempuan berusia 15 tahun dalam keadaan tidak senonoh bersama suspek.

“Mangsa yang merupakan pelajar tingkatan tiga mendakwa diperkosa suspek yang juga ‘senior’ sekolahnya,” katanya di sini hari ini.

Azli berkata, hasil soal siasatan awal mangsa mengaku suspek merupakan teman lelakinya.

Beliau berkata, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, esok bagi permohonan tahanan reman.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Pelajar disyaki sentuh ‘junior’ sekolah diberkas appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved