Remaja Hilang 30 Jam Ketika Keluar Cari Lembu Tak Sedar Masa Berlalu, Sangka Hanya Beberapa Jam Hilang

Entertainment
8 Jun 2025 • 10:20 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, seorang remaja lelaki di Melaka telah dilaporkan hilang ketika mangsa keluar untuk mencari lembu.

Selepas lebih 30 jam dilaporkan hilang sejak Rabu lalu dan operasi mencari mangsa dilakukan, mangsa, Muhamad Aidil Asyraf Fadli akhirnya ditemui dalam keadaan lemah di Kampung Permatang Pasir pada Jumaat lalu.

image is not available

Menurut laporan Sinar Harian, mangsa yang berusia 15 tahun itu ditemui di kawasan semak.

Difahamkan, mangsa telah dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan setelah ditemui dengan selamat.

Terkini, ibu mangsa berkongsi kepada media bahawa anaknya itu mengatakan bahawa dia tidak menyedari bahawa dia telah hilang selama 30 jam kerana mangsa menyangka dia hanya hilang selama beberapa jam sahaja.

image is not available

Menurut ibu mangsa, anaknya itu menceritakan semula kejadian tersebut di mana mangsa tidak menyedari langsung masa telah berlaku.

Ibu mangsa turut meluahkan rasa pelik bagaimana anaknya mampu berjalan sejauh itu tanpa disedari oleh pasukan keselamatan dan orang kampung yang mencari mangsa.

Difahamkan, mangsa menjaga lembu ternakan milik sepupunya.

Alhamdulillah, mangsa selamat kembali ke pangkuan keluarga.

Sumber: Sinar Harian

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.