Remaja hilang kawalan rempuh penyokong ragbi

4 Oct 2026 • 10:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Remaja hilang kawalan rempuh penyokong ragbi

NEWCASTLE: Suasana meriah sambutan penyokong liga ragbi bertukar tragedi selepas sebuah kereta merempuh orang ramai di bandar Newcastle, timur Australia semalam, menyebabkan 10 orang termasuk kanak-kanak cedera.

Ribuan penyokong berkumpul bagi mengucapkan selamat jalan kepada pasukan liga ragbi tempatan, Newcastle Knights, menjelang perlawanan akhir menentang Sydney Roosters pada Ahad.

Polis berkata, kejadian berlaku apabila pemandu berusia 18 tahun yang juga penyokong, memandu secara melulu dan hilang kawalan sebelum merempuh kumpulan berkenaan.

Datuk Bandar Newcastle, Gavin Morris, berkata pemandu terbabit dipercayai teruja ketika berada di lokasi untuk meraikan pasukan itu.

“Dia menghidupkan enjin dengan kuat, dia teruja dan merupakan penyokong yang hadir untuk meraikan detik itu.

“Entah bagaimana dia hilang kawalan terhadap kereta itu… sebelum merempuh orang ramai,” katanya kepada penyiar negara, ABC.

Dua mangsa berada dalam keadaan kritikal, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dan lelaki berusia 67 tahun.

“Mungkin hanya dalam sekelip mata, seseorang membuat keputusan yang menyebabkan keselamatan orang ramai terancam,” kata Menteri Pengangkutan negeri New South Wales, Jenny Aitchison.

Sementara itu, Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese turut menzahirkan simpati kepada mangsa yang cedera atau terlibat dalam kejadian berkenaan.

“Liga ragbi menyatukan masyarakat dan hujung minggu ini sepatutnya menjadi masa untuk penyokong Newcastle meraikan pasukan mereka dengan penuh semangat dan bangga,” tulisnya dalam hantaran di platform X.- AFP

 

The post Remaja hilang kawalan rempuh penyokong ragbi appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved