Boeing 767 terbabas, rempuh kenderaan di jalan raya

7 Sep 2026 • 9:37 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Boeing 767 terbabas, rempuh kenderaan di jalan raya

MIAMI, FLORIDA  – Sekurang-kurangnya lima orang terkorban,  manakala lima lagi cedera apabila pesawat kargo milik gergasi peruncitan Amazon terbabas dari landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami dan merempuh beberapa  kenderaan di jalan raya berhampiran, lapor akhbar New York Post.

Nahas  menjelang pukul 2 petang (waktu tempatan) semalam itu melibatkan penerbangan Prime Air 7598  yang merupakan pesawat Boeing 767  dikendalikan syarikat 21 Air.

Ketika kejadian, pesawat itu dalam proses mendarat selepas terbang  dari Puerto Rico. 

Menurut pihak berkuasa, pesawat  meluncur keluar dari landasan sebelum merempuh laluan awam dan terbakar.

Datuk Bandar Daerah Miami-Dade, Daniella Levine Cava mengesahkan jumlah korban dan menambah, tiga  mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Setakat ini, pihak berkuasa masih belum dapat mengesahkan perincian mangsa yang  terkorban dan cedera, sama ada melibatkan anak kapal atau pengguna jalan raya. 

Bagaimanapun, dua juruterbang pesawat itu dilaporkan terselamat dan dibawa  ke hospital berdekatan bersama tiga  mangsa lain, lapor saluran berita NBC 6.

Jabatan Bomba  Miami-Dade menyatakan,  60 unit jentera dan pasukan perubatan telah dikerah ke lokasi untuk memadamkan kebakaran serta memberikan rawatan kecemasan awal. – AGENSI 

 

The post Boeing 767 terbabas, rempuh kenderaan di jalan raya appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved