Remaja Hilang Ketika Mendaki Bukit Changkat Asa Ditemukan Meninggal Dunia

26 May 2026 • 2:09 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Remaja Hilang Ketika Mendaki Bukit Changkat Asa Ditemukan Meninggal Dunia

HULU SELANGOR – Remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika melakukan aktiviti pendakian di Bukit Changkat Asa sejak Sabtu lalu, ditemukan meninggal dunia tengah hari tadi.

Mangsa, Nur Izzati Humaira Azizul, ditemukan selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) memasuki hari keempat.

Sebelum itu, operasi SAR yang bermula sekitar jam 8 pagi diteruskan dengan memperluaskan kawasan pencarian melibatkan keluasan kira-kira 0.57 kilometer persegi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu, Azliza Ahmad berkata, fokus pencarian hari ini tertumpu di laluan sepanjang kira-kira 800 meter di kawasan bukit berkenaan.

Skop Pencarian Diperluaskan

Menurut beliau, pasukan SAR turut menjalankan pencarian dalam lingkungan 50 meter ke kiri dan kanan laluan menuju ke puncak bukit.

“Pasukan SAR turut membuat pencarian dalam jarak 50 meter ke kiri dan kanan laluan ke puncak bukit berkenaan dan turut membuat flushing di kawasan yang telah dicari semalam bagi memastikan mangsa tiada di situ,” katanya.

Penemuan mangsa sekali gus menamatkan operasi SAR yang dijalankan sejak kehilangan remaja itu dilaporkan. – The Malaysian Update

The post Remaja Hilang Ketika Mendaki Bukit Changkat Asa Ditemukan Meninggal Dunia appeared first on The Malaysian Update.