Remaja Jadi Hamba Seks Bapa Kandung Durjana Sejak 6 Tahun

29 Oct 2023 • 3:57 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Remaja tersebut telah dirogol sejak usianya 6 tahun lagi

Remaja Jadi Hamba Seks Bapa Kandung Durjana Sejak 6 Tahun. Dilaporkan bahawa, seorang pekerja kebun yang juga merupakan bapa kepada anak kandungnya tergamak merogol mangsa sejak berusia enam tahun sehingga 17 tahun dan mengandung di rumahnya berhampiran Parit Jawa, Muar.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata laporan sumbang mahram terbabit diterima pihaknya semalam kira-kira jam 9 malam.

image is not available
Remaja Jadi Hamba Seks Bapa Kandung Durjana Sejak 6 Tahun

Mangsa telah membuat aduan polis

Dikatakan bahawa pada 28 Oktober mangsa telah hadir ke balai polis bagi membuat aduan setelah dirogol oleh bapa kandungnya tanpa kerelaan.

Mangsa yang berusia 17 tahun warganegara tempatan tersebut telah mendapati dirinya mengandung hasil ujian saringan air kencing.

Setelah disoal siasat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Muar, didapati bahawa mangsa telah dirogol oleh suspek sejak berusia 6 tahun lagi sehingga baru-baru ini pelajar malang terbabit disahkan mengandung.

image is not available

Suspek positif dadah ketika ditahan

Suspek warganegara tempatan berusia 41 tahun berkenaan telah ditahan oleh pihak pols dirumahnya pada jam 1.20 pagi, hari ini.

Ujian air kencing menunjukkan suspek positif dadah dan siasatan masih berjalan. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan di mana sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum sehingga 30 tahun dan 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

“Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 4 November,” kata Ketua Polis Daerah Muar.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

https://www.iloveborneo.my/banyak-kali-dipaksa-buat-oral-seks-guru-di-sabah-rogol-pelajar-tingkatan-4-dalam-rumah-ditahan-polis/

https://www.iloveborneo.my/dipelawa-keluar-makan-malam-remaja-perempuan-trauma-dirogol-rakan-lelaki-di-tangga/