Remaja lelaki maut terjatuh dari tingkat 20 di Setapak

26 Jul 2024 • 5:02 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dilaporkan terjatuh dari tingkat 20 bangunan pusat beli belah di Setapak pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohammad Lazim Ismail berkata, mangsa yang merupakan pelajar sekolah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Dalam satu kejadian berasingan, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat sembilan, bangunan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Setapak.

Turut ditemui berhampiran mayat mangsa, adalah bangkai seekor kucing.

Siasatan mendapati mangsa yang tinggal bersama neneknya itu, adalah pesakit psikiatri dan sedang menjalani rawatan.

Mayat mangsa dihantar ke HKL untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Menurut seorang penduduk, mangsa adalah remaja yang baik, ringan tulang, sopan dan tidak pernah menimbulkan masalah sepanjang menetap di kawasan itu.

Sumber: Sinar Harian

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved