Lelaki lemas ketika menyelam, panah ikan

26 Jul 2024 • 4:15 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Patimang Abdul Ghani

KUDAT: Seorang lelaki maut dipercayai lemas ketika melakukan aktiviti menyelam dan memanah ikan di kawasan perairan pesisir Pantai Simpang Mengayau, dekat sini pada Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat, Ishak Jabas berkata, mangsa iaitu Nikalmon Yusof, 30, diberikan bantuan awal kecemasan (CPR) namun tidak dapat diselamatkan.

Ishak berkata, seramai tujuh anggota BBP Kudat diketuai Pegawai Bomba Kanan II John Francis Andam bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 28km sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 7.40 malam.

Beliau berkata, setibanya pasukan di lokasi pada jam 8.16 malam, mereka menemukan seorang mangsa lelaki terbaring di tepi pantai.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Sebelum itu, mangsa ditemukan pada jam 7.30 malam oleh orang awam, yang cuba memberi bantuan CPR sebelum ketibaan pasukan.

Mangsa dihantar ke Hospital Kudat menggunakan jentera EMRS di mana dia disahkan meninggal dunia.

Operasi ditamatkan pada jam 8.24 malam selepas pasukan memastikan tiada bahaya lain di sekitar lokasi.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.