Remaja Lelaki Terj*tuh Dari Tingkat 14 Sempat Peluk, Cium Ibu & Adik Berkali-kali Sebelum ‘Pergi’

17 Jan 2025 • 4:02 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kakak kepada remaja lelaki yang maut selepas terjatuh dari tingkat 14 sebuah pangsapuri di Kuala Terengganu semalam berkongsi arwah berkelakuan agak pelik sebelum ini.

Nurain Damia, 20, berkata kelakuan adiknya Muhd Irham Tarmizi Rusaini, 17, memeluk dan mencium ibu serta adik bongsunya berkali-kali sebelum ke Terengganu untuk bercuti bersama rakan akan disimpan menjadi kenangan terakhir buat keluarganya.

Difahamkan, Irham Tarmizi bersama seorang rakannya bergerak ke Terengganu menaiki kereta pada jam 11 malam Rabu lalu untuk bercuti dengan beberapa rakan-rakan mereka yang berada di negeri itu.

image is not available

“Bagaimanapun, pada jam 3 petang semalam saya mendapat panggilan telefon daripada salah seorang rakan arwah.

“Pada awalnya, rakan arwah memberitahu berada di Balai Polis Kuala Terengganu dan beranggapan arwah ada melakukan kesalahan sehingga dibawa ke balai polis.

“Bagi mendapatkan kepastian, saya sekali lagi menghubungi rakan arwah dan dimaklumkan arwah meninggal dunia selepas terjatuh dari sebuah pangsapuri dan mayatnya di bawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu,” katanya.

image is not available

Jelas Nurain, sebaik mengetahui kejadian itu, dia bersama ibunya dan sepupu bergegas ke hospital dan tidak menyangka percutian arwah bersama rakan-rakannya berakhir dengan tragedi.

“Saya difahamkan sebelum arwah terjatuh, dia dikatakan berada bersendirian di beranda pangsapuri berkenaan sebelum terjatuh ke tingkat enam.

“Sepatutnya arwah balik daripada bercuti pada hari esok, namun semalam kami menyambut tubuh yang sudah tidak bernyawa,” katanya.

Katanya, selepas kejadian yang menimpa arwah, tiba-tiba terlintas di fikirannya mungkin sebab itulah mengapa arwah mengembalikan semula jam tangan yang pernah dihadiahkan kepadanya ketika Hari Raya Aidilfitri pada tahun lalu.

“Lebih memilukan, saya juga tidak sempat membelikan telefon baharu kepada arwah bagi menggantikan telefonnya yang sudah rosak,” katanya.

Menurut laporan, jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kelaweh pada jam 3 pagi tadi.

Sumber: Harian Metro

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article