Remaja lemas mandi di Air Terjun Lipur Sungai Pandan

7 Feb 2024 • 8:47 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUANTAN: Seorang remaja ditemukan lemas selepas mandi di Air Terjun Lipur Sungai Pandan di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata mangsa Muhammad Irfan Mohd Shafie, 18, dikatakan pergi ke situ bersama 15 rakannya pada 12.30 tengah hari.

“Mangsa dikatakan mandi bersama empat rakan sekitar 1.30 tengah hari sebelum dia didakwa terkapai-kapai meminta tolong.

“Rakan mangsa yang berada berhampiran cuba menyelamatkannya, namun gagal kerana mangsa dikatakan tenggelam,” katanya semasa dihubungi di sini hari ini.

Wan Mohd Zahari berkata mangsa ditemukan pihak bomba pada 4.08 petang di bawah batu air terjun itu pada kedalaman tiga meter.

Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved