Remaja lemas mandi sungai di Kampung Ulu Pulai

13 Aug 2026 • 9:28 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Remaja lemas mandi sungai di Kampung Ulu Pulai

JOHOR BAHRU – Kegembiraan seorang remaja lelaki bermandi-manda bersama empat rakannya bertukar tragedi apabila dia ditemukan lemas di dasar sungai berhampiran Masjid Ulu Pulai, Kampung Ulu Pulai, Gelang Patah di sini malam tadi.

Mangsa berusia 15 tahun itu dilaporkan hilang selepas menyelam ke dalam sungai berkenaan sebelum tidak muncul semula ke permukaan.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan Nanas, Pegawai Bomba Kanan I, Md. Bakhtiar Chik berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 6.15 petang.

Menurutnya, seramai 17 anggota bersama empat jentera dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 15 kilometer dari balai berkenaan.

“Setibanya di lokasi, pihak bomba mendapatkan maklumat daripada pihak polis dan empat rakan mangsa.

“Menurut keterangan saksi, mangsa dikatakan tidak muncul semula selepas menyelam ke dalam sungai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Md. Bakhtiar berkata, sebelum ketibaan pasukan penyelamat, orang awam yang menyedari kejadian terlebih dahulu cuba melakukan pencarian secara surface searching di kawasan sungai berkenaan.

Katanya, susulan itu Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dikerahkan menjalankan operasi selaman di lokasi terakhir mangsa dipercayai dilihat.

“Usaha pencarian akhirnya membuahkan hasil apabila mangsa ditemukan di dasar sungai pada pukul 10.05 malam. Mangsa ditemukan pada kedalaman kira-kira empat meter dan dua meter dari tebing sungai,” katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi mencari dan menyelamat ditamatkan sepenuhnya pada pukul 10.30 malam. – KOSMO! ONLINE

The post Remaja lemas mandi sungai di Kampung Ulu Pulai appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved