Remaja maut motosikal terbabas langgar tiang lampu

13 Apr 2025 • 11:29 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mangsa yang maut selepas motosikal ditungganginya terbabas ke kiri jalan lalu melanggar tiang lampu di tempat kejadian pada Ahad. Foto PDRM

JERANTUT – Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas lalu melanggar tiang lampu dalam kejadian di Kilometer 29, Jalan Jerantut–Maran berhampiran Felda Sungai Tekam Getah di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Zukri Muhammad berkata, mangsa dikenali sebagai Mohd Fitri Haziq Mohd Fadir, 19, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 malam ketika mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR seorang diri dari arah Jerantut menuju ke Maran.

“Siasatan awal mendapati mangsa gagal mengawal motosikalnya sebelum terbabas ke kiri jalan dan melanggar sebatang tiang lampu,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, impak pelanggaran menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian muka serta patah peha kiri sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Jerantut untuk proses bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved