Penyelia ladang maut motosikal terbabas

12 Apr 2025 • 12:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang penyelia ladang maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas ke bahu jalan di berhampiran Ladang Astral Asia Plantation, Jalan Felda Bukit Sagu, pada Sabtu. Foto FB Polis Trafik

KUANTAN – Seorang penyelia ladang maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas ke bahu jalan di berhampiran Ladang Astral Asia Plantation, Jalan Felda Bukit Sagu, pada Sabtu.

Mangsa, Mohd Zaki Ismail, 48, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal mendapati mangsa menaiki motosikal jenis Honda AFP 110 dari arah Taman Impian menghala ke arah Bukit Sagu lapan pada jam 6.45 pagi.

"Apabila perjalanan sampai ke tempat kejadian, tiba-tiba motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan dan terbabas ke bahu kiri jalan.

"Akibat kemalangan tersebut, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved