Remaja Pandu Melulu Hingga Ragut Nyawa 4 Sekeluarga Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

11 Jun 2026 • 11:56 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Remaja yang dipercayai memandu secara melulu sehingga mengakibatkan kematian empat sekeluarga dalam kemalangan di Jalan Renggam-Simpang Renggam minggu lalu dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu proses pendakwaan.

Ketua Polis Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, keputusan itu dibuat selepas pihak polis menerima arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya sementara siasatan kes dilengkapkan.

Advertisement

remaja 19 tahun dibebaskan

Menurut beliau, suspek berusia 19 tahun itu sebelum ini direman sejak 2 Jun lalu sebelum tempoh remannya disambung selama dua hari pada Isnin mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bagaimanapun, selepas tempoh reman lanjutan berakhir, suspek sekali lagi ditahan pada Khamis lalu dan direman semula bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian tersebut, suspek merupakan pemandu sebuah Mercedes Benz A250, manakala abangnya yang berusia 22 tahun memandu sebuah BMW 530e. Kedua-duanya dipercayai memandu secara melulu dan berbahaya sebelum terbabit dalam kemalangan yang meragut nyawa empat sekeluarga.

Image from: Remaja Pandu Melulu Hingga Ragut Nyawa 4 Sekeluarga Dibebaskan Dengan Jaminan PolisImage from: Remaja Pandu Melulu Hingga Ragut Nyawa 4 Sekeluarga Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Abang kepada suspek turut maut dalam nahas berkenaan.

Empat mangsa yang terkorban ialah Semek Mat Soh, 73, anaknya Nor Azlina Abd Latip, 33, menantunya Aiman Mohd Rashid, 36, serta anak saudara Aiman, Nur Airish Syifa Sidek, 10. – Buletin TV3

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Remaja Pandu Melulu Hingga Ragut Nyawa 4 Sekeluarga Dibebaskan Dengan Jaminan Polis2026-06-11 11:18:55

Flat 4 Tingkat Jadi Kediaman Etnik Rohingya Akan Dirobohkan, Penduduk Sambut Baik

The post Remaja Pandu Melulu Hingga Ragut Nyawa 4 Sekeluarga Dibebaskan Dengan Jaminan Polis first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved