Enam sekeluarga maut: Polis sahkan Ahmad Fahim pandu X50, bukan Lans Koperal Ahmad Shafiq

8 Jun 2026 • 2:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Enam sekeluarga maut: Polis sahkan Ahmad Fahim pandu X50, bukan Lans Koperal Ahmad Shafiq
Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah
Image from: Enam sekeluarga maut: Polis sahkan Ahmad Fahim pandu X50, bukan Lans Koperal Ahmad Shafiq
Ahli keluarga tidak dapat menahan kesedihan ketika pengebumian jenazah lima sekeluarga yang maut dalam kemalangan mebabitkan kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan sebuah lori di Pinang Tunggal, semalam, selamat dikebumikan pagi ini.Foto Bernama.
Image from: Enam sekeluarga maut: Polis sahkan Ahmad Fahim pandu X50, bukan Lans Koperal Ahmad Shafiq
Dalam kejadian kira-kira jam 3.45 petang pada Ahad, enam ahli keluarga maut manakala seorang kanak-kanak perempuan cedera parah selepas Proton X50 yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori tanah.
Image from: Enam sekeluarga maut: Polis sahkan Ahmad Fahim pandu X50, bukan Lans Koperal Ahmad Shafiq
Dalam kejadian 3.50 petang tadi, enam sekeluarga termasuk seorang bayi meninggal dunia, manakala seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun cedera parah
Image from: Enam sekeluarga maut: Polis sahkan Ahmad Fahim pandu X50, bukan Lans Koperal Ahmad Shafiq
Seorang ahli keluarga tidak dapat menahan kesedihan ketika menyiram air mawar di di pusara lima sekeluarga yang maut dalam kemalangan mebabitkan kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan sebuah lori di Pinang Tunggal, Foto Bernama

SUNGAI PETANI – Polis membetulkan maklumat berhubung identiti pemandu Proton X50 yang terlibat dalam nahas mengorbankan enam sekeluarga di Kampung Baru Pinang Tunggal di sini pada Ahad.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, pemandu kenderaan itu ialah Ahmad Fahim Ahmad Shukri, 21, dan bukan abangnya, Lans Koperal Ahmad Shafiq Ahmad Shukri, 29, seperti dilaporkan sebelum ini.

Menurutnya, berlaku kekhilafan dalam maklumat awal yang diterima pihaknya yang diperoleh daripada pihak bomba sebelum siasatan lanjut dijalankan.

**media[3544049]**

“Pada awalnya, polis dimaklumkan oleh bomba bahawa anggota kita (polis) yang memandu, namun pada pagi ini disahkan bahawa adiknya yang memandu.

“Terdapat kekhilafan dalam maklumat yang diterima itu,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.45 petang pada Ahad, enam ahli keluarga maut manakala seorang kanak-kanak perempuan cedera parah selepas Proton X50 yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori tanah.

Mangsa yang terkorban ialah Ahmad Shafiq; isterinya, Jamaliah Sannusi, 29; bayi mereka, Ahmad Mikail Ahmad Syafiq yang berusia dua bulan; ibu Ahmad Shafiq, Nora Mohd Husin, 55; adiknya, Ahmad Fahim serta anak saudaranya, Iskandar Affan Ibrahim, 7.

**media[3544050]**

Seorang lagi mangsa, Aulia Sofea Ahmad Syafiq, 3, yang merupakan anak kepada Ahmad Shafiq, mengalami kecederaan parah pada bahagian muka dan sedang menerima rawatan di hospital.

Adzli berkata, Ahmad Fahim yang maut dalam nahas itu juga merupakan pemilik Proton X50 terbabit.

**media[3544132]**

Difahamkan, kenderaan tersebut baru sahaja diambil dari pusat jualan pada pagi hari kejadian.

Menurut maklumat awal, kesemua mangsa dalam perjalanan dari Kepala Batas, Pulau Pinang ke Merbok untuk menziarahi kubur bapa Ahmad Shafiq sebelum tragedi itu berlaku.