Remaja Patah Hati, Sanggup Ancam Warga Kampung Dengan Anak Panah!

3 Nov 2022 • 5:24 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan polis selepas mengancam untuk melepaskan anak panah terhadap penduduk di Cendrawasih di Makassar.

Aksi remaja lelaki yang didakwa baru putus cinta itu dirakam menerusi CCTV milik sebuah premis perniagaan di lokasi kejadian.

Remaja itu dilihat mengacukan anak panah terhadap penduduk setempat sebelum cubaannya digagalkan sekumpulan penduduk yang lalu di lokasi kejadian.

Jurucakap polis, Lando KS memberitahu, remaja itu mengakui perbuatannya kerana terlalu kecewa akibat ditinggalkan kekasih.

“Suspek memberitahu dia mahu mencari lelaki yang merampas kekasihnya dan membalas dendam,” kata Lando kepada Kompas.com. Selain itu, polis turut merampas beberapa bahan bukti termasuk anak panah dan busur.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved