Remaja perempuan antara tujuh ditahan terbabit kes samun bersenjata

2 Aug 2026 • 5:18 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Remaja perempuan antara tujuh ditahan terbabit kes samun bersenjata
Kesemua tujuh individu itu kini direman bagi siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan menggunakan senjata. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun antara tujuh individu ditahan bagi membantu siasatan kes samun menggunakan pisau di sebuah unit kediaman di Jalan Ampang, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Annas Sulaiman berkata, selain remaja itu, enam individu lain terdiri daripada lima lelaki berusia 22 hingga 38 tahun dan seorang remaja perempuan berumur 19 tahun, yang ditahan di kawasan tempat letak kereta di Jalan Metro Pudu di sini, 3 pagi semalam.

Beliau berkata, penahanan itu susulan laporan daripada seorang lelaki berusia 21 tahun yang mendakwa disamun empat lelaki tidak dikenali menggunakan pisau semasa berada di kediaman berkenaan.

"Kesemua tujuh individu itu kini direman bagi siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan menggunakan senjata," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Annas meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju melalui talian 03-9289 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved