Tujuh individu ditahan selepas enam jam terlibat samun bersenjata

2 Aug 2026 • 5:47 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tujuh individu ditahan selepas enam jam terlibat samun bersenjata

PETALING JAYA: Tujuh individu termasuk seorang remaja perempuan berusia 13 tahun, ditahan polis kira-kira enam jam selepas disyaki terbabit dalam kes samun bersenjata di sebuah kondominium di Jalan Ampang, dekat sini pada Jumaat lalu.

Satu laporan diterima berhubung kejadian kira-kira pukul 9.02 malam daripada seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Annas Sulaiman berkata, mangsa mendakwa disamun empat lelaki yang tidak dikenali menggunakan pisau ketika berada di sebuah unit kediaman di 3 Tower, Jalan Ampang.

“Susulan laporan itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju melancarkan operasi dan berjaya menahan tujuh suspek pada pukul 3 pagi, semalam.

“Mereka terdiri daripada lima lelaki tempatan berusia antara 22 hingga 38 tahun serta dua wanita tempatan berusia 13 dan 19 tahun di kawasan parkir kereta, Jalan Metro Pudu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa mengalami kerugian kira-kira RM6,700 susulan kejadian berkenaan.

“Polis turut merampas sebuah telefon bimbit jenis iPhone 17 Pro yang dipercayai milik mangsa,” ujarnya.

Katanya, kesemua suspek telah direman selama tujuh hari hingga 7 Ogos ini bagi membantu siasatan dan ditempatkan di Lokap Berpusat Jinjang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan menggunakan senjata,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah IPD Wangsa Maju di talian 03-9289 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran. – UTUSAN

The post Tujuh individu ditahan selepas enam jam terlibat samun bersenjata appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved