Remaja toreh bapa kerana ditegur ponteng sekolah

LocalPolitics
19 Nov 2025 • 6:05 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

WANGSA MAJU: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun menoreh bapa kandungnya menggunakan pisau selepas ditegur kerana tidak hadir ke sekolah.

Kejadian berlaku di sebuah rumah di Batu 4 Jalan Gombak pada 6.10 petang Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail berkata pihaknya menerima laporan insiden itu pada 6.42 petang hari sama.

“Mangsa berusia 47 tahun mengalami luka di belakang badan dan lengan kiri akibat torehan menggunakan pisau,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menyatakan kejadian itu dipercayai berpunca daripada salah faham.

Mangsa telah mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Suspek telah ditangkap dan direman sehingga esok bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan 506 Kanun Keseksaan.