Reman SPRM ke atas pengarah tidak ada kaitan dengan syarikat BDB

21 Jul 2023 • 8:41 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Syarikat pegangan pelaburan kerajaan Kedah, Bina Darulaman Bhd (BDB) menjelaskan bahawa reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutifnya, Muhamad Sobri Osman tidak ada kaitan dengan syarikat itu.

BDB kata Muhamad Sobri, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Kedah Incorporated (MBI Kedah), direman pada 19 Julai bagi membantu siasatan SPRM dan telah dibebaskan, 21 Julai.

“Siasatan tidak berkaitan dengan BDB dan tidak menjejaskan operasi Kumpulan BDB.

“Syarikat itu memantau dengan teliti perkara tersebut serta akan membuat pengumuman lanjut, termasuk mengambil sebarang tindakan yang patut seperti yang diperlukan di bawah Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama dan undang-undang yang terpakai,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Dilaporkan bahawa SPRM sedang menyiasat MBI Kedah atas dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam perlombongan nadir bumi.

Perniagaan teras BDB ialah kejuruteraan, pembinaan serta kuari; pembangunan hartanah termasuk riadah. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved