Rempuh pelajar hingga maut: Guru masih trauma, belum dapat pandu kereta

13 Oct 2026 • 12:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Rempuh pelajar hingga maut: Guru masih trauma, belum dapat pandu kereta
Tertuduh tengah ketika dibawa ke Mahkamah Majistret pada Selasa.

KOTA BHARU - Guru yang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas dua pertuduhan cuai dengan melanggar dua pelajar Tingkatan Satu sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas pada April lalu masih lagi berada dalam keadaan trauma.

Bukan itu sahaja, guru berkenaan juga dimaklumkan tidak lagi dapat memandu kereta dan ia diakui oleh suaminya, Abdul.

Abdul berkata, dia kini yang akan menghantar dan mengambil isterinya di tempat kerja setiap hari.

"Saya tidak mahu komen lanjut, isteri akan bersara pada November tahun hadapan dan kini bertugas di JPN (Jabatan Pendidikan Negeri)," katanya ketika ditemui pemberita di Mahkamah Majistret di sini.

Terdahulu guru wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas dua pertuduhan cuai dengan melanggar dua pelajar Tingkatan Satu sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas pada April lalu.

Tertuduh, Sakinah Ismail, 57, mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wan Mohd I’zzat Wan Abdullah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved