Rempuh Shah Firdaus, Ruang Media Pelumba Basikal Jepun Tak Henti Diserang Netizen!

12 Aug 2024 • 9:37 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Media sosial pelumba berbasikal trek Jepun, Shinji Nakano diserang ‘netizen’ Malaysia susulan didakwa menjadi punca Muhammad Shah Firdaus Sarom terjatuh sekali gus terlepas pingat di pentas Sukan Olimpik Paris 2024.

Netizen serang komen

Menerusi tinjauan di Instagram Shinji, dapat dilihat rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati kepada pelumba berusia 25 tahun itu. 

“Main kotor, tak profsessional langsung.

“Tak layak dapat pingat, negara awak patut malu dengan awak. Kenapa rempuh player kami?

“‘Shame on you’ (memalukan), bersedialah terima makian daripada kami” kata seorang pengguna,” komen beberapa netizen. 

Setakat artikel ini ditulis, rata-rata hantaran yang dibuat oleh Shinji telah dibanjiri dengna komen rakyat Malaysia sehingga hampir ada yang mencecah lebih 8,000 komen. 


Bagaimanapun adik kepada Shah Firdaus iaitu Ridwan Sahrom sebelum ini tampil menggesa netizen agar berhenti menyerang sosial media milik pelumba Jepun tersebut.


Menerusi hantaran di sosial media Ridwan beranggapan segalanya telah terjadi dan tidak perlu menyalahkan atau menunding jari kepada pihak lain.

Terdahulu, misi pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus untuk membawa pulang sekurang-kurangnya pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024 berkecai selepas dirempuh Shinji pada aksi final malam tadi.
 

Pelumba berusia 28 tahun itu bermula dengan baik ketika bersaing di Velodrom de Saint-Quentin-en-Yvelines selepas berada dalam kedudukan ketiga namun segalanya berubah apabila berlaku insiden pelanggaran.

Ketika itu, pelumba Great Britain, Jack Carlin terlebih dahulu terjauh sebelum Nakano dilihat hilang kawalan sebelum merempuh Shah Firdaus dari arah belakang sekali gus melenyapkan harapan pelumba negara itu untuk berada di pentas podium.

Pingat emas menjadi milik pelumba Belanda, Harrie Lavreysen dan Matthew Richardson dari Australia membawa pulang pingat perak.

Saksikan atlet Malaysia secara siaran langsung di Gempak.com. Ikuti perkembangan dan keputusan terkini Olimpik Paris 2024 disini.