Renjatan elektrik: Mangsa melecur 80 peratus meninggal dunia

21 Oct 2026 • 10:23 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Renjatan elektrik: Mangsa melecur 80 peratus meninggal dunia

ALOR SETAR: Remaja lelaki berusia 16 tahun yang terkena renjatan elektrik bersama dua rakannya ketika menyertai perarakan keagamaan di Mergong, minggu lalu telah meninggal dunia, hari ini.

Mangsa, Khor Zhi Kang yang melecur kira-kira 80 peratus pada badan disahkan meninggal dunia pada pukul 2.52 pagi ini di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, bedah siasat akan dilakukan bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa.

“Mangsa menerima rawatan di HSB sejak 13 Oktober lalu dan selepas seminggu, dia disahkan telah meninggal dunia pada pukul 2.52 pagi tadi,” katanya di sini, hari ini.

Sebelum ini, Syed Basri memaklumkan, kejadian berlaku ketika mangsa membawa tiang bendera semasa perarakan tokong sayur di jalan raya berhadapan sebuah pasar raya.

Katanya, tiang itu dipercayai tersentuh talian utama bekalan elektrik pada ketinggian dianggarkan 10 meter sebelum menyebabkan ketiga-tiga mereka terkena renjatan elektrik.

Dua lagi mangsa masing-masing remaja lelaki berusia 17 tahun melecur 20 peratus pada tangan serta 40 peratus pada muka dan tangan. – UTUSAN

The post Renjatan elektrik: Mangsa melecur 80 peratus meninggal dunia appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved