Lelaki maut dihempap pokok semasa tunggang motosikal

21 Oct 2026 • 10:42 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Lelaki maut dihempap pokok semasa tunggang motosikal

JELI: Seorang lelaki maut selepas dihempap pokok tumbang semasa menunggang motosikal di Jalan Air Lanas-Gemang di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, Mohd. Alia Sabri Mat Repin, 40, yang menunggang motosikal Honda EX5 disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akibat kecederaan dihadapinya.

Ketua Balai dan Penyelamat Bomba Jeli, Penguasa Bomba Mohd. Adni Ibrahim berkata, anggotanya yang ke lokasi kejadian mendapati mangsa terperangkap di bawah pokok yang menghempap motosikalnya.

“Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut sejurus selepas dikeluarkan,” katanya hari ini.

Rakaman kejadian itu turut tular dalam media sosial. – UTUSAN

The post Lelaki maut dihempap pokok semasa tunggang motosikal appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved