Replika KLCC Di Bihar Bernilai RM1.3 Juta, Siap Dengan Dua Menara & Jambatan Penghubung

WorldArchitecture
27 Oct 2026 • 6:33 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Replika KLCC Di Bihar Bernilai RM1.3 Juta, Siap Dengan Dua Menara & Jambatan Penghubung

INDIA: Sebuah replika Menara Berkembar Petronas (KLCC) dibina di Kalyanpur, daerah Munger, Bihar, India, dengan kos dianggarkan 3 crore rupee (kira-kira RM1.3 juta) sempena sambutan perayaan Durga Puja.

Struktur sementara itu mencuri perhatian kerana reka bentuknya menyerupai mercu tanda ikonik Malaysia, lengkap dengan dua menara dan jambatan penghubung yang menjadi ciri utama KLCC.

Replika setinggi 170 kaki

Menurut laporan media India, replika berkenaan dibina sebagai sebahagian daripada tradisi menghasilkan pandal bertemakan bangunan ikonik dunia bagi sambutan Durga Puja.

Replika berkenaan menampilkan reka bentuk yang diinspirasikan daripada Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, termasuk dua menara tinggi yang dihubungkan oleh sebuah jambatan. Binaan itu menjadi antara tarikan utama sempena sambutan Durga Puja di kawasan berkenaan.

Menariknya, struktur itu bukan bangunan kekal, sebaliknya binaan sementara yang dihiasi dengan pelbagai elemen dekorasi bagi menarik kehadiran pengunjung sepanjang perayaan berlangsung.

Bukan kali pertama mercu tanda dunia jadi inspirasi

Penganjur festival berkenaan sebelum ini dilaporkan menghasilkan replika Burj Khalifa di Dubai pada 2024 dan Wat Arun di Bangkok pada 2025.

Pemilihan KLCC pada tahun ini sekali lagi memperlihatkan bagaimana mercu tanda terkenal dunia dijadikan inspirasi untuk menghasilkan tarikan unik sempena perayaan tersebut. – The Malaysian Update

The post Replika KLCC Di Bihar Bernilai RM1.3 Juta, Siap Dengan Dua Menara & Jambatan Penghubung appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved