Ingatkan KLCC sudah pindah India, rupanya…

WorldArchitecture
26 Oct 2026 • 3:07 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ingatkan KLCC sudah pindah India, rupanya…

PETALING JAYA – Sebuah negeri di India mencuri tumpuan apabila membuat binaan menyerupai Menara Berkembar Petronas (KLCC) setinggi 52 meter sempena menyambut perayaan Durga Puja di Kalyani.

Menerusi perkongsian tular di media sosial, binaan itu mendapat perhatian penduduk setempat malah di negara itu apabila dihiasi lampu bergemerlapan sehingga menjadi tarikan orang ramai bergambar.

Binaan daripada buluh dan papan lapis itu merupakan struktur binaan sementara bagi perayaan tradisi di kawasan itu sahaja yang dibina oleh 70 pekerja.

Lebih menarik, replika yang dikenali sebagai Kalyanpur Twin Tower itu dibina setinggi kira-kira 170 kaki (52 meter) dengan kelebaran sekitar 150 kaki.

Binaan tersebut bukan bangunan konkrit kekal, sebaliknya menggunakan gabungan buluh, kayu, kain, tali dan kepingan polistirena atau thermocol yang disusun bagi menghasilkan struktur menyerupai menara ikonik berkenaan.

Pencahayaan LED turut digunakan untuk menyerlahkan rupa binaan itu pada waktu malam, menjadikannya kelihatan seakan-akan KLCC apabila diterangi lampu berwarna-warni.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang teruja melihat mercu tanda kebanggaan Malaysia dijadikan inspirasi bagi binaan di luar negara.

“Tanda mercu tanda negara kita diiktiraf dan diidolakan dunia,” komen akardani_residensi.

“Akhirnya, ada yang menilai KLCC. Tahniah Tun M,” tulis teratai_999 pula.

“Tak payahlah mereka datang KL lagi, ramai-ramai nanti di India pun ada satu,” komen yang lain.

Malah, seorang pengguna turut meluahkan rasa teruja dengan menulis, “MENDONIAAAA.” – KOSMO! ONLINE

The post Ingatkan KLCC sudah pindah India, rupanya… appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved