Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, tular beberapa hantaran di laman Threads menunjukkan replika Menara Berkembar Petronas atau turut dikenali dengan gelaran Menara Berkembar KLCC yang megah berdiri di daerah Munger, India.
Menerusi foto dikongsi pengguna Threads Benz Aliff, kelihatan penduduk di sana sedang berkumpul di hadapan menara itu sambil bergambar dengannya.
View on Threads
Arca Menara Berkembar Petronas Di India Dihiasi Lampu LED
Menerusi satu lagi hantaran, kelihatan menara itu mewarnai bandar berkenaan dengan lampu LED yang terang menyala.
“Kalau kita melihat gambar suasana waktu malam ini secara sepintas lalu, pasti ramai yang menyangka Menara Berkembar PETRONAS di Kuala Lumpur sudah berpindah ke luar negara!” kata seorang lelaki dikenali sebagai Mazlan.
View on Threads
Bangunan Seolah-olah Twin Tower Di India Dibina Bersempena Perayaan Durga Puja
Memetik tv9hindi, bangunan setinggi 52 meter dan kira-kira 170 kaki yang dibina di bandar Kalyani itu adalah bersempena sambutan perayaan Durga Puja.
Binaan replika besar Menara Berkembar Petronas itu dianggarkan menelan kos perbelanjaan sebanyak 30 juta rupee (RM1.29 juta).
Namun satu fakta menarik yang patut anda tahu, mini KLCC tersebut bukanlah binaan kekal yang menggunakan konkrit sebaliknya ia dihasilkan dengan gabungan buluh, kayu, kain, tali dan kepingan polistirena atau thermocol yang disusun bagi menghasilkan struktur menyerupai menara ikonik di Malaysia.
Setiap Tahun, Pelbagai Mercu Ikonik Dunia Dibina Bersempena Durga Puja
Difahamkan pembinaan bangunan bertemakan mercu tanda terkenal dunia itu merupakan kesinambungan tradisi dalam menghasilkan reka bentuk unik sejak 2021 di sana dan Menara Berkembar Petronas dipilih sebagai tema pada tahun ini.
Bangunan yang turut digelar sebagai Menara Berkembar Pandal itu turut tersedia dengan struktur air terjun di bahagian pintu masuk utama.
Lebih 100,000 pengunjung dijangka akan hadir sepanjang sambutan tahun ini, termasuk penduduk dari daerah berdekatan seperti Bhagalpur, Banka, Khagaria, Jamui, Lakhisarai, Begusarai dan Purnia.
Menerusi sebuah video tular, kelihatan menara replika itu dihiasi dengan lampu laser berwarna-warni pada waktu malam. Kawasan itu juga dilihat dibanjiri dengan pengunjung yang begitu ramai.
View on Threads
Ramai Bangga Negara Luar Terinspirasi Untuk Bina Replika Mercu Ikonik Di Malaysia
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai meluahkan rasa bangga apabila mercu ikonik negara ini menjadi tumpuan di mata dunia.
“Kita kena bangga sebenarnya. Nama Malaysia dan KLCC dibawa ke merata dunia! Maka kami!” kata seorang pengguna Threads.
“Bangganya tengok hasil Tun Dr Mahathir. Sampai orang luar pun buat juga KLCC. Bangga jadi rakyat Malaysia,” tambah seorang lelaki.
“Ini Pelaburan Jangka Panjang Untuk Sektor Pelancongan Di Malaysia” – Netizen
Malah ada yang berkata binaan replika itu sedikit sebanyak akan membantu meningkatkan sektor pelancongan di negara ini.
“Pelaburan jangka panjang untuk pelancongan Malaysia. Itu yang Tun M (bekas Perdana Menteri) dah lama rancang, kita yang leka,” ujar seorang netizen.
“KLCC ni bukan sekadar pencakar langit, tapi pelaburan nasinal paling menjadi di Malaysia. Bila tengok negara luar pun terinspirasi siap buat replika, baru sedar betapa ikoniknya reka bentuk Menara Berkembar kita ni dekat mata dunia,” tambah seorang individu.
Berikut antara komen-komen netizen:
![Image from: Binaan Replika Menara Berkembar Petronas Di India Curi Perhatian Ramai [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/menara-berkembar-di-india-1024x549.jpeg)
![Image from: Binaan Replika Menara Berkembar Petronas Di India Curi Perhatian Ramai [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/menara-berkembar-di-india-2-1024x881.jpeg)
![Image from: Binaan Replika Menara Berkembar Petronas Di India Curi Perhatian Ramai [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/menara-berkembar-di-india-3-1024x902.jpeg)
![Image from: Binaan Replika Menara Berkembar Petronas Di India Curi Perhatian Ramai [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/menara-berkembar-di-india-4-1024x591.jpeg)
![Image from: Binaan Replika Menara Berkembar Petronas Di India Curi Perhatian Ramai [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/menara-berkembar-di-india-5-1024x261.jpeg)
Baca Artikel Berkaitan: 10 Perkara Tentang Malaysia Di Pentas Dunia Yang Pasti Buat Korang Bangga
Baca Artikel Berkaitan: Jadi Yang Terawal Guna, Usahawan Bangga Pasport Malaysia Dapat Pujian Pegawai Imigresen Luar Negara
Baca Artikel Berkaitan: “Rakyat Malaysia Berbangga”- Ini Senarai Jenama Lokal Terkenal Yang Terus ‘Mendonia!’






