Republikan kalah, kerajaan teliti kesan ke atas Malaysia

LocalPolitics
6 Nov 2026 • 4:26 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Republikan kalah, kerajaan teliti kesan ke atas Malaysia

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang meneliti kesan jangka pendek dan sederhana daripada pelbagai aspek susulan perkembangan politik di Amerika Syarikat (AS) yang menyaksikan kekalahan Parti Republikan pada pilihan raya pertengahan penggal, Selasa lepas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dibincangkan secara teliti dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, dan Malaysia akan terus memantau perkembangan tersebut termasuk kemungkinan implikasinya terhadap pelaksanaan tarif timbal balik.

“…tetapi hubungan kita dengan pentadbiran sekarang ini, kerajaan yang ada dan juga anggota Parlimen yang lama dan baharu serta anggota Dewan Perwakilan akan diteruskan,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Taman Kosas, dekat sini hari ini.

Parti Republikan pimpinan Presiden Donald Trump dilaporkan tewas kepada Parti Demokrat yang berjaya merampas penguasaan Dewan Perwakilan dan Senat dalam pilihan raya pertengahan penggal pada Selasa lepas.

Mengulas perkembangan itu dari sudut peribadi, Anwar menyambut baik perubahan berkenaan kerana melihatnya sebagai mesej penolakan rakyat terhadap politik berasaskan kebencian kaum dan agama, termasuk sentimen anti-Islam serta permusuhan terhadap golongan minoriti.

“Saya lihat umpamanya untuk dunia, ini sekurang-kurangnya bagi mesej yang lebih baik kerana kebanyakan menentang serangan dan permusuhan terhadap Islam atau permusuhan terhadap Iran. Jadi ini mudah-mudahan dapat meredakan ketegangan geopolitik antarabangsa,” katanya. – BERNAMA

The post Republikan kalah, kerajaan teliti kesan ke atas Malaysia appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved