Resipi Turun Temurun, Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Lemang

3 Jul 2023 • 11:22 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Resipi Turun Temurun, Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Lemang

Apabila tiba perayaan Hari Raya, ramai yang menyediakan juadah turun-temurun atau juadah wajib iaitu rendang, kuah kacang dan lain-lain.

Pada ketika ini kebiasaannya segala persiapan sedang dibuat secara perlahan-lahan, dengan membeli barangan keutamaan seperti baju raya, bekas kuih raya, dan sebagainya.

Untuk menjadikan Hari Raya lebih bermakna, ramai yang memilih untuk membuat sendiri kuih raya, lemang, dodol dan lain-lain.

Oleh hal yang demikian, sekiranya sedang mencari resipi membuat lemang, boleh ikuti perkongsian daripada lelaki bernama Khaidir Ahmad di Facebook.

Dalam perkongsian itu, dia mengajar cara membuat lemang di rumah dan resipi itu merupakan resipi turun temurun daripada ibunya.

Mari Berkongsi Resipi Dan Cara Saya Buat Lemang Di Rumah

(Lemang warisan ibunda Dayang Aminah)

Atas permintaan ramai, saya dengan rendah hati berkongsi ilmu membuat lemang yang diperturunkan oleh Arwah Bonda saya Dayang Aminah kepada keluarga kami.

Semoga bermanfaat kepada semua.

A) Penyediaan Buluh

image is not available
Kredit: FB Khaidir Ahmad

1. Pilih buluh muda jenis telur atau yang nipis dengan saiz ruasnya tidak terlalu besar dan panjang (saya suka masak lemang guna buluh yang panjang ruasnya tidak lebih 2 kaki atau sekitar 18 inci).

image is not available
Kredit: FB Khaidir Ahmad

2. Cuci buluh yang sudah siap dipotong mengikut ruas di bahagian dalam dan luar. Susun terbalik untuk dikeringkan

image is not available
Kredit: FB Khaidir Ahmad

3. Potong daun pisang muda (pucuk pisang yang masih bergulung paling baik) mengikut panjang ruas buluh (lebihkan 3 inci), kepit dengan pelepah pisang yang dibelah, gulung sebesar buluh dan masukkan ke dalam buluh.

B. Penyediaan Beras Pulut

image is not available
Kredit: FB Khaidir Ahmad

image is not available
Kredit: FB Khaidir Ahmad

1. Satu gantang beras pulut (bersamaan 3.6 kilogram untuk lebih kurang 12 hingga 15 ruas buluh lemang).

2. Basuh dan rendam beras pulut selama 2 jam dan kemudian “tus” atau keringkan dalam penapis.

C. Penyediaan Santan Kelapa

image is not available
Kredit: FB Khaidir Ahmad

1. Sukatan santan adalah 4 biji kelapa atau 1.5 kilo santan segar untuk satu gantang beras pulut.

2. Masukkan garam sesedap rasa dan satu sudu teh gula.

CARA MEMBUAT LEMANG

image is not available
Kredit: FB Khaidir Ahmad

1. Beras pulut (B) dimasukkan ke dalam buluh yang sudah siap berlapik daun pisang (A) menggunakan tangan atau sudu makan. Jangan isi sepenuh buluh, sebaliknya tinggalkan ruang kosong kira-kira 3 inci atau satu jari telunjuk dari bahagian atas buluh kerana beras pulut akan mengembang apabila dimasak.

2. Tuang santan (C) ke dalam buluh lemang sehingga paras satu inci di atas paras beras.

image is not available
Kredit: FB Khaidir Ahmad

3. Susun condong buluh lemang yang siap diisi di atas bata dan bakar menggunakan kayu api yang sudah berbara (jangan bakar ketika kayu api sedang menyala seperti unggun api). Jarakkan lemang dengan bara api sekitar satu hingga dua kaki dan buluh lemang hendaklah dipusing menghadap arah bara api setiap lima minit bagi memastikan lemang masak sekata.

(Biasanya lemang akan masak sepenuhnya dalam tempoh 2 jam menggunakan bara api).

Selamat mencuba resipi lemang warisan ibunda Dayang Aminah yang dikongsikan oleh anakandanya Khaidir Ahmad.

Sumber: Khaidir Ahmad/Facebook