“Respect!” – Anggota ATM Borak Santai Dalam Bahasa Rusia Dengan Juruterbang Russian Knights Buat Ramai Kagum

Entertainment
21 May 2025 • 12:58 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ketika ini, sedang berlangsung acara pertunjukan udara Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2025.

Bermula semalam (20 Mei), pelbagai pertunjukan udara dipersembahkan yang disertai anggota tentera dari serata dunia.

image is not available

Anggota ATM fasih berbahasa Rusia

Dalam kesibukan anggota tentera yang terlibat melakukan persiapan untuk acara dwi-tahunan ini, tular sebuah video yang telah meraih perhatian warganet.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) wanita sedang berbual bersama seorang juruterbang yang terlibat dalam pertunjukan udara dari Russian Knights.

Apa yang lebih menarik, anggota ATM itu berbual dengan juruterbang terbabit dalam bahasa Rusia sebagai bahasa pengantara.

Dapat dilihat, anggota ATM terbabit begitu fasih dan yakin bertutur sehingga membuatkan juruterbang Rusia itu tersenyum lebar.

@belengas368

RESPECT!!! askar malaysia bercakap dengan pilot russian knight dalam bahasa russian dengan fasih…. #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #fypage #lima2025langkawi #russian #russianknights #LIMA25

♬ original sound – budak berlengas – budak berlengas

“Respect! Askar Malaysia bercakap dengan pilot Russian Knights dalam bahasa Rusia dengan fasih,” tulis pemilik video.

Bangga dengan petugas Malaysia

Perkongsian video terbabit telah mendapat pelbagai reaksi netizen, rata-ratanya memuji kehebatan anggota ATM terbabit dalam menguasai bahasa asing.

Menjengah ke ruangan komen, ada yang turut mengenali anggota terbabit. Beliau ialah Mejar Dr Khadijah, merupakan seorang doktor perubatan yang bertugas dalam ATM.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Tak dinafikan, memang hebat anggota tentera kita!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.